Saturday, May 9, 2009

MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI-MENJIMATKAN,MENARIK,SELESA,KUKUH.


Harga binaan dari RM 50 000.
Minima 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik mandi.
Tempoh binaan dari 3 ke 4 bulan.
Reka bentuk rumah berunsusrkan 'country home' dengan ciri-ciri seni binanya yang menawan.

PERUTUSAN
Kami memperkenalkan berbagai pilihan reka bentuk rumah sesebuah setingkat dengan kos binaan dari RM50 000 bagi mereka mempunyai tanah untuk membina rumah.

Risalah ini memberi sedikit-sebanyak maklumat mengenai perkhidmatan dan reka bentuk rumah disediakan oleh D'Lux Homes dan beberapa maklumat ringkas berkaitan binaan rumah dan bangunan untuk rujukan bakal pelanggan.

D'Lux juga memberi perkhidmatan reka bentuk dan binaan bagi kerja-kerja extension, alteration, dan conversion pada rumah sedia ada.

PEMILIHAN JURU BINA YANG BETUL
Pemilihan jenis kontrak dan teknologi bangunan dan bahan-bahan binaan merupakan perkara penentu kepada harga sesebuah kontrak bangunan. Apa saja jenis kontrak dan sistem binaan seharusnya membawa kepada penjimatan masa dan perbelanjaan.

CARA BIDAAN (TENDER)
Pemilihan kontrak secara bidaan atau tender, tugas dan kerja mereka bentuk bangunan dan pembinaan dilakukan secara beasingan oleh kumpulan juru reka (arkitek, jurutera-jurutera, juru ukur bangunan) dan pemborong binaan, masing-masing terikat terus dengan pelanggan.

Ciri-ciri ketara terdapat pada sistem bidaan adalah perlantikan kumpulan juru reka dan pemborong dilaksanakan secara berasingan, masa penyelarasan , dan masa menunggu. Jenis kontrak ini membabitkan banyak pihak dan masa dan ditarifkan sebagai mahal.

CARA REKA DAN BINA
Kami mengamalkan pemilihan kontrak cara reka dan bina iaitu juru bina dilantik oleh pelanggan sejak permulaan lagi bagi menyediakan pelan rancangan kerja. Pihak juru bina bertanggungjawab penuh terhadap reka bentuk bangunan berdasarkan kepada kehendak-kehendak khusus pelanggan. Pelanggan melantik dan menyerahkan segala urusan kepada juru bina. Juru bina terikat dengan pelanggan pada satu harga yang dipersetujui kepakaran teknologi bangunannya sendiri. Keseluruhan kerja dilaksanakan secara house-in (satu bumbung) dan ia mempunyai para juru reka sendiri seperti arkitek, jurutera, dan juru ukur.

Pemborong tahu segala selok-belok reka bentuk dan teknologi bangunan miliknya memudahkan kawalan masa dan perbelanjaan dilaksanakan.

Cara reka dan bina ini sangat bersesuaian pada pelanggan-pelanggan yang mempunyai kewangan terhad, telah melakar kehendak-kehendak mereka secara umum, memilih jenis kontrak dan kos yang menjimatkan dan mengutamakan reka bentuk dan teknologi bangunan yang teruji menarik dan bermutu.

LATAR BELAKANG D'LUX
D'Lux adalah sebuah firma juru bina-reka atau design-builder Bumiputera, memiliki kepakaran dan pengkhususan di dalam reka bentuk (rumah dan bangunan, kejuruteraan, bahan binaan), teknologi bangunan dan pengurusan binaan.

MATLAMAT D'LUX
Menjadi hasrat utama D'Lux untuk memberi khidmat nasihat yang tepat dan betul kepada tuan tanah. Oleh itu, sesebuah nasihat yang tepat adalah perlu kerana ia boleh mnejurus kepada penjimatan kos dan juga masa.

Faedah menggunakan cara reka dan bina beserta reka bentuk rumah dan teknologi bangunan diperkenalkan D'Lux mampu mernjimatkan kos perbelanjaan binaan bangunan antara 15% hingga 25% berbanding cara binaan lazim (bangunan berasaskan rangka konkrit bertulang).

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN
Pendekatan D'Lux memberi perkhidmatan bersepadu atau package dan menyeluruh kerana menyedari kelewatan, penggunaan masa yang panjang dan kos perbelanjaan yang lebih pada sistem bidaan.

Binaan bangunan D'Lux menggunakan teknologi dinding tampung-beban batu atau load-bearing masonry wall tanpa membabitkan rangka konkrit menjimatkan kos yang ketara.

JENIS-JENIS HARGA RUMAH
D'Lux menghasilkan beberapa pilihan reka bentuk rumah yang boleh dibina dalam lingkungan kos RM 50 000, RM 75 000, RM 100 000, RM 125 000 dan ke atas. Rata-rata reka bentuk rumah menyediakan tidak kurang 2 anjung, 4 bilik tidur dan tidak kurang 3 bilik mandi kecuali rumah RM 50 000 yang menyediakan 1 anjung, 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi sahaja. Binaan rumah RM 100 000 ke atas terdapat tingkat loteng (attic) membolehkan ruang-ruang tambahan dan bilik-bilik pelbagai kegunaan diwujudkan.

Reka bentuk rumah D'Lux berunsurkan 'country home' dengan ciri-ciri seni binanya yang indah dan memikat. D'Lux menonjolkan hasil kerja pertukangan dan seni bina yang tinggi terpampang jelas dalam penggunaan bahan-bahan binaan pada bahagian-bahagian bangunan.

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN
Mengatur pembiayaan pembangunan (pinjaman kerajaan, pinjaman bank, tabung atau dana).

Menjalankan kaji selidik tapak rumah/bangunan, tanah, kemudahan asas dan persekitaran.

Menyediakan reka bentuk rumah bersesuaian dengan kemampuan kewangan tuan rumah menggunakan teknologi binaan terbaik dan menjimatkan.

Mendapatkan kelulusan binaan bangunan dari pihak-pihak berkuasa tempatan.

Mengatur tapak tanah untuk pelanggan yang tidak mempunyai tanah sendiri membina rumah.

PERTANYAAN / KETERANGAN LANJUT
Jika anda berminat dan untuk keterangan lanjut berkatian perkhidmatan kami berikan,sila hubungi


D'LUX HOMES
Suite 33-01, 33rd Floor,
Menara Keck Seng,
203 Jalan Bukit Bintang,
55100, Kuala Lumpur.

Tel : 03-2116 3406
012-650 6675 (Sham)
012-943 6063 (Arbi)
Fax : 03-2116 5999
E-Mail : deluxehomes@ymail.com
dluxhomes@gmail.com